Saturday, October 26, 2013

Macam Mana Nak pakai celak ikut Sunnah Rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum , ya habib sadiq ^_^

harini mia nak share pullak cara bagimana , apa , jenis , bila kita nak pakai CELAK .



sekarang nie kita p lah mana pun , 
kiri kana depan belakang kita ramai ja hat dok pakai celak nie
tak kira lah laki ka pompuang kaa . sama jaa -_-

bila kita tanya napa pakai celak nie ?
depa jawab 

1. "Its Sunnah"
2. Nak elakkan mengantuk
3. Kasi terang mata

ya ! memang pakai CELAK nie sunnah . tapi ada caranya .

Okay, mei sini nak cerita. 
Rasulullah S.A.W memakai celak ketika baginda ingin masuk tidur. Dan celak yang digunakan oleh baginda adalah jenis itsmid, iaitu celak yang jenis serbuk tu, dan dipakai dengan menggunakan logam besi, macam celak Mekah hat dulu-dulu tu. (Bukan celak pensel yang kebanyakan ada jual kat kedai n pasar malam.)

Kenyataan ini berdasarkan hadis berikut :

 Ibnu Abbas meriwayatkan dari Nabi Shollallohu ‘Alaihi wasallam, bahwasanya beliau bersabda:

خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ. إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ.
“Celak yang terbaik untuk kamu adalah itsmid. Sesungguhnya ia bisa menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”[1]

Istmid ni dapat menguatkan mata, mengencangkan  urat saraf, dan menjaga kesihatannya. Ia juga dapat menghilangkan daging yang tumbuh di dalam bisul, menyembuhkannya, membersihkan kotoran-kotorannya dan mengeluarkan bisa di dalam bisul tu. Istmid juga boleh menghilangkan sakit kepala jika dicampur dengan madu cair yang halus dan digunakan untuk bercelak. Itsmid adalah celak mata terbaik, terutama bagi orang-orang tua dan orang-orang yang penglihatannya lemah. 
Bagaimana cara Rasulullah memakai celak? Korang jangan ingat sunnah nabi je, tapi cara pakai yang dikatakan sunnah nabi tu tak betul. Ibaratnya sunnah nabi tu hanya nak cover bila ditanya kenapa korang pakai celak tu. (Maaf kalau rasa kasar)

Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:
” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata."
Maksud ayat di sini, pemakain celak adalah tiga kali bergilir-gilir, dimulai dengan mata sebelah kanan, kiri dan dilakuakn secara berulang kali selama tiga kali SEBELUM TIDUR. Ingat ye, hanya SEBELUM TIDUR saja.


Kat sini aku nak masukkan juga antara hadis yang aku jumpa berkaitan dengan pemakaian celak ni :
  1. Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-

Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan 

pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”





2.  Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda:                                                                                                                      “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.

3. 
اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

“Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)


4. 
عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ
“Bercelaklah memakai itsmid ketika hendak tidur, karena ia dapat mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya no.3846 bab Al Kahlu Bil Itsmid)


Hukum memakai celak :

Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut: 

“Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

Kalian di sini merujuk kepada lelaki dan perempuan. Tetapi harus diingat bahawa perempuan jangan lah pakai terlampau over seperti pakai eyeshadow ke, lipstik terang sangat ke kerana itu telah mengikut cara berhias perempuan zaman Jahiliah. Kalau nak over-over, pakai dalam umah dan depan suami je.. Tak pe masa tu..
Kelebihan Memakai Celak:
  • Dapat membantu mencerahkan pandangan mata..
  • Dapat menyejukkan mata..
  • Boleh melebatkan bulu mata..
  • Mengelakkan daripada terkena penyakit mata..
  • Menambah seri muka dll.

Persoalan

Jika celak yang digunakan bukan dari Itsmid ia tetap boleh dipakai selagi mana namanya celak untuk kita memperolehi pahala sunnah..Tetapi fadilat dan hikmahnya mungkin berbeza kerana seperti yang kita tahu Itsmid telah disebut dalam hadis..

(contoh macam berus gigilah,,kalau ikut sunnah Nabi baginda kayu arak/sugi tapi kita sekarang gunakan berus gigi,,tetap dapat pahala jugak tapi fadilat die tuh sudah berbeza..)

Segala yang baik tu datang dari Allah, dan yang buruk tu datangnya dari aku sebagai insan yang lemah. Minta tegur jika ada salah dan silap..


14 comments :

  1. nice blog .. kita suka baca post2 awak .. hihi

    ReplyDelete
  2. nak tya klu pki celak kuar rumah boleh x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. ikut UAI, laki boleh.

      ppuan,ada khilaf. ada ulama kata tk boleh,ada kata boleh.
      kalau nk amek pndpt boleh, pastikn nipis (tk terlalu tebal)

      apa pn,jaga niat,paling pnting. wallahu3alam

      sy ada soalan juga. mohon sape2 yg arif bgtw ye..
      sunnah hanya masa tidur ye? masa sy jumpa ustaz2,ustazah, sgt ramai yg pakai celak even masa mengajar. itu bkn sunnah ye?

      mohon pencerahan. jazakallah/jazakillah

      Delete
    2. seeloknya pakai time nak tidur sebab kita tidak buat apa-apa jadi kita tak berpeluh jadi celak pun tak luntur...in sya Allah sebab itu pakai time nak tidur...dan pakai time tidur ialah masa yg paling Afdal lah klu nak pakai celak.. klu pakai bkan sebelum tidur boleh je tapi takut-takut kita tak ikut cara Baginda SAW. in sya Allah.

      Delete
  3. Pakai time siang, celak mcm kurang melekat lah kt mata lagi pastu takut kita berpeluh, tu ia akan jatuh. Klu time tidur kita tutup mata je, kita mcm celak tu ditekan lah, makin lama makin melekat la celak tu... In sya Allah

    ReplyDelete
  4. Boleh dapat di kedai sunnah ...atau di instagram shop ni ada jual celak itsmid @kedaisunnahonline ����

    ReplyDelete
  5. Pakai bawah mata ker atas mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celak tu sebenar nya di pakai di kelopak atas,bukan bawah. Kelopak atas pun ada bulu mata jugak,bulu mata kelopak atas tu yang mencantikkan mata. Pakai waktu tidur dia akan menyejukkan mata. Bila mata selesa,mata akan jadi terang. Selesa di pakai ketika terasa bahang panas di siang hari, mata terasa sejuk dan tidak senak ketika bahang panas. Celak yang dicampur dengan bendalir baru melekat dekat kelopak mata. Bendalir yang macam mana??? Fikir lah sendiri. Dalam hadis pun ada tulis celak di campur dengan madu jadi penawar.

      Delete
  6. simple, dosa pahala itu bukan kita yg tentukan
    manual cara pakai ada
    recommended product description pun ada
    jadi, janji ikut manual, doa semoga kita diberikan pahala kerana niat dihati utk ikut sunnah
    selesai
    tak perlu pening pening, tu sbb selalu kena main dan dipermainkan
    wallahualam

    ReplyDelete
  7. klau sunnah pakai celak hari apa?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah jzkk for sharing

    ReplyDelete