Sunday, October 26, 2014

5 Syarat untuk Manusia Boleh melakukan Maksiat.

assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia ^^
harini malas nak potpet banyak, cuma nak share 5 SYARAT MANUSIA BOLEH MELALAKUKAN MAKSIAT. ha! baca dulu nah .


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”



Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak

Saturday, October 18, 2014

Upgrade Diri tu Ukhti

Bismillah Alhamdulillah *Gaya PU Rahmat*
bertemu lagi kita today untuk berkongsi konsiap apa yang patut dikongsi ^^

harini, makcik nak share satu cerita yang .. *baca sendiri, nilai sendiri. OK ?
MAKA, E N T R Y ni khas untuk makcik makcik kat luar sana. pakcik pakcik nak baca pun boleh . tak dak sapa pun nak halang haishh :D


Masa balik raya qurban haritu tolong mak masak ikan. Eh silap, goreng ikan. 
Dulu tak berani sangat goreng sebab takut minyak. Eheh. Ramai yang macam tu kan ?
Sekarang selepas ditarbiyah dapat lah keberanian luar biasa tu.

Waktu mengoreng, mak pesan, minyak kena panas, lepas tu biar sebelah dia betul betul dah masak baru terbalik kan. Macam biasa mak pesan. Dari jauh. Sambil tengok TV .

Walaupun pesanan dia tu dah tau (baca: dah biasa dengar), tapi tetap mengangguk sambil jawab "Haaaa", kuat, supaya mak dengar reply ku.

Sambil berdiri tegak depan kuali, aku berfikir melayang-layang... kesan ikan dibalik kan tanpa cukup masak nya ialah kulitnya akan melekat di kuali. Ataupun akan berkecai sebab masih lembik dan kau kacau dia. Ini berdasarkan pengalaman ku. Meskipun minyak yang cukup bertakung disekeliling ikan tu. Nanti, bila diangkat, ikan tak cantik dihidang.

Eheh. Macam tu kot ea, kita, dalam tarbiyah ni, bila tak faham habis sesuatu lepas tu terus nak lompat bahan lain. Hanya faham surface je... Kalau ikan tu, mungkin surface dia je yang buruk, tapi isi tetap boleh dimakan. Rasa tetap sama dan Mak pun masih boleh terima Tapi kita, surface cantik tapi isi hancur.

Kalau kita tak bertalaqqi habis sampai hadam, Seperti mana kulit-kulit ikan melekat dikuali, kita pula nota-nota yang melekat cantik dibuku. 



Pesanan ni bukan untuk apa. Cuma, nak kata masing-masing kena upgrade sikit tarbiyah dzatiyah diri. Kadang-kadang murabbi/muwajih bagi tak habis. Mungkin sebab masanya habis untuk buat kelakar sebab kamu mengantuk dalam daurah. Atau dalam usrah, jenuh nak tunggu masa datang yang tak sama. Kalau awal tak pe, tapi kalau masing-masing lewat? (Ops).

Jadi, kene susun masa. Dengar rekoding. Baca buku. Faham kan. Tanya/PM para murabi/ murabiyyah yang korang kenal. Biar semua orang berkongsi masa untuk kebaikan dakwah dan tarbiyah. Ok ?

- Ukhti Goreng Ikan -



tetiba L A P A Q " bawal sweet sour"