Monday, May 13, 2013

Barang Yang Perlu di Bawa ke Universiti :)


Assalamualaikum W.B.T

how r you ? i hope u in a pink of health .
hihix ! dah macam karangan BI pulak ka ? ergghh ! rindu zaman sekolah . kena buat essay bi . hihi ~ suka gila essay bi . even bi Mia sangat lintang pukang !

entry kali ni Khas kepada Mia sendiri . haha .
eh , tak lah . khas kepada kita pelajar SPM 2012 yang akan melonjakkan diri ke peringkat Universiti :)
tak kira lah antara IPTA or IPTS 

tapi entry nie lebih kepada Universiti Teknologi Mara lah . 
i'm sorry Morry . tapi Mia rasa semua boleh guna kan . sebagai rujukan :)

Sebelum Mia buat list untuk barang-barang keperluan ni Mia nak membebel sikit. Biasalah tu kan, barang-barang ni Mia dah list lama dah. dari tingkatan 1 lagi . haha xD . ekceli .. barang-barang nie semua macam kita duduk kat asrama dulu lah .. Tapi nak kena tambah sikit-sikit tu . contoh Handphone la . kat asrama dulu memang nak mati la sapa yang bawak HP kan ? tapi kat universiti Rilex ja . hihii ~
maaf , disebabkan Mia ni BANAT ( p e r e m p u a n ) so , dalam senarai ni kebanyakkan nya barang BANAT lar yer . barang BANIN ( l e l a k i ) tu sikit jer , argghh , pepandai hampa lah yer . hehe ,. MAAFKAN SAYA ..


UNIFORM

  • Baju kurung
  • Baju nak pergi kelas (ikut suka korang lah yer )
  • Jeans / slack
  • Baju & seluar sukan
  • Kain warna gelap untuk baju batik (UiTM shj )
  • Baju basahan / pajamas
  • Kain batik sarung
  • Cardigan / Sweater
  • Telekung & sejadah
  • Stocking
  • Tudung / selendang
  • Baju sukan warna putih (UiTM sahaja)


macam comel pulak gambar nie kan ? haha :) rindu uniform pengawas dulu-dulu .
Lepas tu . barang-barang kecik hampa semua tu jangan dok lupa pulak . naya weeiiii , haha . takkan yang tu pun nak suruh Mia Listkan dekat sini kan ? haha .. pikir-pikir kan yer cik adik and cik abang . pakat-pakat besar dah . :)

Toiletries, body care and grooming

  • ubat gigi & berus gigi (wajib la . jangan gatai nak share )
  • Facial foam
  • Shower foam
  • Sabun & berus basuh baju
  • Deodarant
  • Sikat
  • Floss
  • Minyak gamat (luka-luka ke kan)
  • Pad 
  • Ubat-ubat (siapa-siapa yang sakit )
  • Bedak, perfume, lotion make up or apa-apa ja
  • Shampoo & Conditioner
  • Pencuci mulut (hat iklan tv tu . tak penting pun)
  • Towel kecil and besaq (towel besar bawak 2 kalau boleh sebab nanti kalau basah towel tuh boleh ganti yang lagi 1)
  • Soflan (nak wangi kan baju hampa oii)
  • Pengetip kuku
  • Shave
  • Baldi (jangan kecik sangat, kalau kecik merana lah anda. Pilih medium ye)
  • Shower basket  (tak kan each time nak mandi kena pegang dgn tgn sume2 brg tuh)

* merah ang-ang . Mia nak bagi tau . contoh sabun basuh baju tu kan , hampa bawak lah besar mana pun . pastu hampa inikan lah dalam botul mineral kecik ka , tupper wear kah .. paham tak ? pastu hampa letak lah dalam shower basket tu. ekceli itu akan memudahkan hampa , takkan nak bawak sekali beg plastik tu kan , tak sempoi lah .. mia bagi tau ni berdasarkan pengalaman Mia time duk asrama dulu :) *

mai nak tunjuk kalau-kalu sesiapa yang taktau shower basket tuu =)
Footwear

  • Kasut untuk ke kuliah (kasut raya tu "UiTM)
  • Flip flop ke tandas
  • Flip flop ke jalan-jalan
  • Kasut sukan
  • Sandal
  • Crocs (bertutup kot / getah ? mia tak pasti)
  • Soft slippers (dalam bilik punyer tuh . tak penting pun)

               

Home sweet home punyer style

  • Cadar & sarung bantal (kalau boleh kasi 2)
  • Selimut
  • Comforter (ikut hampa la)
  • Mug (nak minum Milo Fuse haha )
  • Sudu, garfu and chopstick (tangan boleh juga, tapi kalau nak makan maggi macam mana?)
  • Pinggan mangkuk kuali periuk (sila pertimbangkannya)
  • Hangers (lagi banyak lagi bagus, tapi tolong sorokkan drpd roomate anda, paham-paham la)
  • Pengepit baju (besar kecik ikut keperluan)
  • Jam loceng (guna handphone mahal hampa pun oke)
  • Iron (kalau boleh la)
  • Botol air (nak isi air water cooler . takkan memanjang nak beli)
  • Makanan

*Makanan itu penting . buat macam tak paham . kita nie bukan penah nak kenyang kan ? hahaha . stok simpanan perut u lah tuu =)


Keagamaan
  • Al-Quran
  • Telekung & sejadah
  • Mathurat
  • Yassin

Study kit
Barang-barang macam kertas kajang, ring file, kertas A4 memang ada disediakan di koperasi. Tapi Mia rasa agak kurang gemar untuk membeli belah di koperasi. Harga lain sikit dan lagi sekali kita kena guna duit sendiri kalau kat U nanti, beli kat rumah la ye, bawah tanggungan ibu bapa anda sendiri. haha . idea jahat sayang !

  • gunting
  • A4 paper (budak bio guna banyak untuk nota)
  • kajang paper
  • pen
  • pensel
  • salotep
  • stapler & ubat stapler
  • file (nak simpat kertas hampa)
  • calculator (jangan kelupaan yer)


Gadget
Yang ini penting juga. Kalau tak memang susah hidup nanti. Contoh hampa bawak mp3 or cellphone or Lap top tapi hampa tak bawak charger. Walawey jenoh baq hang . Nak pinjam memang boleh la. Tapi susah maaaa . sila paham tau ! Kalau roomate hampa semua gune iphone *anak orang berada* tapi hampa guna Nokia 3sekupang. Then tak bawak charger . Menangis kang -kesian-. Nak call parents pun tak boleh sebab out of battery. Gadget lain macam thumbdrive or pendrive penting jugak auw. Kalau bawak things yang berharga kena berwaspada sikit. Takut ada yang tangan panjang . Beware. haha . 

  • laptop & charger
  • handphone & charger
  • mp3 & charger (ohh , melalaikan)
  • lagi ? sukati . 

ikut gambar ni hampa kena pertimbangkan lah yer ~

Others (yang macam tak penting pun ada)
  • Payung lipat (mak suruh bawak)
  • Plastic bags (nak pos baju kotor ke rumah)(isi sampah la)
  • Sunglasses (tak boleh hidup tanpa dia)
  • Buku akaun bank
  • Kalendar (menghitung hari nak balik)
  • Credit card (Mia tak ada pun, buat2 ada)
  • Kipas comel / lipat (cuaca hangat sekarang)
  • Bank card
  • Botol air (kena jimat sikit, jangan asyik nak beli air je, amik dari water cooler je kot)
  • Segala jenis borang yg perlu diserahkn semasa pendaftarn (pastikan lengkap ye)


ha ! tamat sudah bebel dari Mia . untuk Kita yang bakal menakluki zaman IPT . haha . ayat BM macam apa daa . maklumla dapat A- ja time SPM hari tuu . malu Mia . padahal selalu cakap BM kat rumah . ohh nasib la beb kan -_- . senarai keperluan tu ada yang penting dan tak penting . ikut hampa lah nak pilih Mia just membantu apa yang termampu jer sayang oii =) bila hampa betoi-betoi duduk kolej baru hampa tau . sekarang ni aku pun taktau macam mana keadaan kat sana . haha xD . nanti gila baq hang . beg hampa besar lah kan ? tak macam duduk asrama sekolah menengah dah .. 

macam ni mungkin ^_^ 
 

Tamat sudah bebelan Mia ni . selamat menempuh alam yang mencabar ni yer . 
Hampa kena pandai-pandai cari kawan tau sayang . ^_^
Mia pun kena pandai cari kawan .
Kbhai~

4 comments :

  1. hee..nak tnya lah kan..perlu bwak bntal sndiri x? sbab ada blog yg ckap prlu bwak..sya tnya diorang,tp mrka x eply..so..thanks lah kalau awk eply k..n 1 more things..cntik blog awk..hee..\^.^/

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf recply lambat . kene bawak . tempat yang saya nak pegi ni kena bawak sendiri :)

      Delete