Monday, April 29, 2013

Tentang Tingkatan 6


Heishh aku pening memikirkan mase depan ni.cewah.
meh la sini aku nak explain siket dari info2 yang aku google dekat tenet :
  • form 6 susah kau tau! taraf peperiksaan die top 5 tersusah di dunia.
  • nak masuk form 6 ni kau kene rajin membaca!kau kene minat untuk mendalami ilmu,suka baca bahan2 ilmiah,pemikiran mesti matang dan terbuka.(aku ni dah la malas membace,hrmm)
  • orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Aliran Sastera susah, sains pun susah.
  • Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.
  • Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…
  • form 6 ni khas untok orang yang betol2 berminat nak belajar,sebab after stpm die kene teros sambung degree.
  • persamaan asasi,matrik dengan form 6 ni masa belajar diorang pendek dan padat!    tup2 dah sambung degree,tetapi...kau kene catch up cepat2.kau xboleh main2 sebab mase die pendek sebab tu la orang kate susah.kau kene belajar dengan begitu cepat,kalau kau amik diploma..die longgar sikit sebab tu la mase die panjang.yerk2 je aku.lantok ler.
  • belajar form 6 ni kalau nak diikotkan setahun lebih jerk belajar.xsampai 2 tahon rasenye,cube kau bayangkan kau masuk form 6 setahun lebih pastu keluar2 kalau pointer kau atas 3 boleh teros masuk mane2 U sebab form 6 nak masuk U senang dan teros lompat amek degree,member2 kau yang poyo kononnye "aku dah masuk U dulu dari kau dah,kau ketinggalan la masuk form 6" ha kau masuk la dulu U..aku habis stpm teros amek degree,yang kau terkial2 baru nak diploma.siaann..so korang jangan lah berfikiran kolot sangat tentang form 6 ni..aku fikir gitu je la.tu yang aku teringin nak masuk form 6.
  • aku nak masuk form 6 sebab pakaian form 6 sekolah aku smart.ekekek.baju kemeje lengan panjang,seluar warne kelabu..kasot hitamm kilat,tali leher warne kelabu.wah2 smart sungguh ( kau datang sekolah nak bergaya ke nak belajar fazli?alaa due2 la,sambil menyelam minom air)
  • pastu form6 ni banyak cuti ikot budak2 sekolah,xde la stress sangat.ceh memandai je aku,belom rase lagi stress ke x.
  • aku teringin nak masuk form 6 jugak sebab boleh stay dekat rumah yang tercinte ni lagi.heee.tapi MASALAHNYE ape yang aku pikir cara pembelajaran sameee,so aku takot aku cepat bosan,dah la form 6  kene banyak membaca.pastu dah la kat rumah ni banyak gangguan,lagi2 FB ni.nak suroh aku control?memang susah yang amat la kan.sakit hati jerk.
  • Tapi kalau pointer stpm kau bawah 3 memang dah buang mase la sebab xdapat tempat kat ipta kan.so kene study hard&smart la.risau2..
aku ade bace satu blog then die tulis ni : Zaman sekarang ni Diploma dah banyak sangat. Yang ada Diploma pun belum tentu ada kerja. Jadi, aku suggest kalau korang tengah fikir nak masuk Matrik, Diploma, atau Tingkatan 6, pilihlah yang paling pantas ke peringkat Ijazah. Oh ya, lupa nak bagitahu; kalau korang masuk Form 6, dan tetiba korang rasa tak best, korang boleh berhenti dan apply ke IPTA/IPTS untuk Diploma TAPI kalau korang masuk IPTA/IPTS untuk Diploma dan tetiba rasa tak best, jangan harap la dapat masuk Form 6. Pergi je la study di IPTA lain atau buat Foundation di IPTS.

So fikirkan lah betol2...ape yang aku explain ni baru luaran,belom dalaman lagi.jangan la kau anggap form 6 ni untok orang2 yang dapat keputusan spm terok.diorang dapat sederhana baik je.macam aku ni.cewah.hhu
alhamdulilah la aku dapat form 6.TETAPI! kau kene ingat form 6 bukan senang!tapi jangan down pulak,susah2 dahulu,senang2 kemudian..kawan2 ade....boleh study group sesame..
so kau jangan la sebab pentingkan glamour then kau xnak masuk form 6,kau jangan fikir ala nanti jadik budak sekolah balik..tu semua alasan yang bodoh!
tujuan sebenar kau nak belajar ke nak ape?jangan dengar kate2 orang lain,kau lebih kenal diri kau sendiri,dan tahu ape yang kau minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.
ikot hati kau..
jadik dengan ini aku dah buat keputusan MUKTAMAD!
aku akan belajar daftar dulu form 6 kan SMK KULIM ,. 
then , nanti kalau aku dah dapat IPTA , aku blah lah dari situ .
amacam ? oke ? haha
kalau aku takde rezeki kat IPTA ,
insyaALLAH , aku akan sambung study kat KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
-KUIS-

Form 6 susah?xde bende yang senang dalam dunia ni.
semuanya memerlukan daya usaha yang tinggi.
susah senang tu belakang cerite,cube dulu.kalau kau dah masuk form 6 kau boleh tarik diri dari form 6 kalau nak,masuk je dulu kalau xdapat ipta..
Belajar untuk mase depan!
Nak Seribu Daya,Taknak Seribu Dalih.

p/s : sorry ye kalau ade info2 yang aku bagi kat atas salah,harap diperbetulkan :)
ini adalah motivasi untuk diri sendiri dan member2 aku,ikhlas dari hati :)


6 comments :

  1. may Allah bless.. in sha Allah dpat IPTA =)

    ReplyDelete
  2. takpaaa dulu pun kak amalinaa masuk F6 sat kt SMKAS then lepas tu dpt IPTA keluar hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuhuu , esok dah daftar f6 . takmau p lah

      Delete
  3. shamira, hehe.. akak dulu form 6. tp nak buat correction skit.. tak semua lepasan stpm dapat sambung u.. semua berdasarkan pointer.. apa2pun kena usaha.. itu yang penting...

    ReplyDelete