Tuesday, July 2, 2013

TIPS : Berpurdah / Berniqab

Assalamualaikumum para blogger muslim or muslimah ^^
post today just di copy paste *buat macam selama ni xPernah copy paste*
harap dapat diterima umum :) 
Mia sekadar ingin berkongsi ilmu . tak salah kan ?

Alhamdulillah dan tahniah kepada para Niqabis dan wanita bertudung labuh dan bertudung bawal. 

Teruskan istiqamah dengan imej wanita muslimah yang menutup aurat dengan sempurna.

Saya ingin kongsikan sedikit jawapan/penyelesaian daripada segelintir masyarakat muslimah yang ingin melangkah jejak untuk berpurdah.
Sebelum saya meneruskan dengan topik sebenar, mohon maaf andai tersilap. Saya cuma menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman diri sendiri. Terserah mahu ikut atau tidak, dan mohon maaf sekali lagi jika entry ini ada yang mengguris hati para niqabis lain. 
First of all, sila set niat berpurdah kerana ia sunnah. Jika anda niat bahawa menutup muka adalah wajib, sila segera tinggalkan page ini..
  • SITUASI 1 - Ketika makan di tempat awam.
Selalunya, ini menjadi persoalan utama bagi para muslimah yang ingin memulakan langkah untuk berpurdah.  Saya mengambil cara termudah. Di restoran/pondok di highway, pastikan cari tempat yang paling tersembunyi di antara semua. Duduk membelakangkan pelanggan lain. Buka purdah, dan makan. Jika masih kekok, tidak mengapa buka purdah/niqab tetapi mesti mencari tempat yang tidak terlalu terbuka atau minta orang lain cover line.

  • SITUASI 2 - Di kampung, bersama sanak saudara.

Jika menetap di kampung pula, pastinya saudara mara pulang bersama. Ia tidak menjadi masalah besar. Jika ia merumitkan, (susah nak buat kerja dapur, sapu sampah etc) tidak perlulah memakainya ketika didalam rumah.. Tapi pastikan anda mengenakan tudung & pakaian lain bagi menutup seluruh aurat wajib sahaja.
  • SITUASI 3 - Tetamu bertandang di rumah.
Kalau macam di rumah saya, kebiasanya lelaki akan makan di ruang tamu, manakala perempuan di dapur. Jadi, tidak perlulah berpurdah waktu itu. Makanan untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, bolehlah 'kirim' pada ayah atau adik beradik lelaki untuk dihantar ke ruang tamu. Tidak usah kita menunjuk muka. Tetapi jika terpaksa juga, pakailah purdah.
  • Soal Istiqamah
Istiqamah seperti yang tertera dalam buku teks Akhlak darjah 4/5 sewaktu saya bersekolah dahulu, membawa maksud berterusan melaksanakan perintah Allah SWT. Jadi, tak perlulah kita terlalu runsing memikirkan soal "aku mahu istiqamah dalam berpurdah" sehinggakan 24 jam anda berpurdah. Ingat tidak, kita berpegang pada hukum sunat memakainya? Jadi, ambil yang mudah. Tidak perlu terlalu rumit. Apa yang penting, istiqamah dalam menjaga adab dan aurat kita insyaAllah sudah memadai. Dalam agama pun tidak boleh terlalu berkira-kira bukan? InsyaAllah, ada ganjarannya kelak. Hati pastikan ikhlas lillahi taala.

Dalam pada kita berpurdah, ingatlah bahawa dalam masa sama, kita juga punya seribu satu tujuan lain dan perkara wajib lainnya yang perlu kita titik beratkan. Contohnya, soal adab, akhlak dan solat kita. InsyaAllah, moga perubahan pemakaian ini membawa seribu perubahan lain.

Soal istiqamah ini saya ada tanyakan juga pada Kak Fatin (Jihad Umayrah) , pandangan beliau :

Dan bagi akak, istiqamahnya someone itu bukannya selama mana atau sejauh mana dia menutup mukanya dari dilihat orang, tapi paling penting sejauh mana dia beramal dengan nilai niqab yg dipakainya itu sebagai alat tarbiyah dan berpegang teguh di atas hikmah kenapa memakainya. Kerana niqab itu adalah salah satu methode tarbiyah, bukan sebagai penyembunyi muka semata. Makanya bila seorang muslimah sudah bulat keputusannya untuk mnjadi seorang niqabis, selepas tajdid niat aspek yg paling penting juga dilihat adalah kajian mndalam tentang fiqh dan hukum sekali dgn kajian maslahatnya agar niqabis tidak tertekan dalam sesetengah keadaan dan lebih mudah menjawab persoalan-persoalan dari pihak lain yang bertanya. Yang pasti untuk untuk menjelaskan lagi tujuannya memakai niqab kerana kefahaman ilmu bagi memantapkan lagi keyakinannya atas apa yang ia amal. Wallahualam.

Kalian boleh rujuk juga pendapat & cara makan oleh ukhti Syafieka & KakChik Niza. Moga diberkati Allah.

Selain itu, kalian juga digalakkan untuk membaca entry-entry special buat kita para muslimah di blog Ustazah Fatimah Syarha. Antara artikle yang saya cadangkan adalah BERNIQOB atau TIDAK Berniqob? (artikle ini mendapat perhatian ramai dari pelbagai jenis manusia), Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media dan Isu Wanita dan Khilafnya.

Di sini, saya sertakan juga cara memakai purdah 3 lapis dari HudaNur :





No comments :

Post a Comment