Monday, February 18, 2013

Al kisah stoking :)


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam to all readers. Abaikan duration yang terlalu lama penulis menghilang. Mungkin ni pengalaman #2 selepas pengalaman tudung labuh ini. 

Stokin ke stoking? -,- 


Everybody knows aurat wanita adalah semua kecuali wajahnya dan kedua tapak tangan. 

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud) 

Menyusuri ‘alkisah stokin’ ni sendiri ada sejarahnya dalam hidup saya. Owh, bukan kisah tentang stokin yang tidak dibasuh selama seminggu. Bukan juga kisah baru beli stokin di Soxworld. Kaki adalah aurat wanita. Tapi sering diremehkan. Dari jauh dah nampak menutup aurat, tudung berlitup, pakaian pun okay longgar. But, something wrong down there. Owh, tak pakai stokin. Aurat yang diremehkan oleh ramai muslimah. Mungkin tidak tahu, atau tahu tapi tak ingat, atau dah ‘arif lalu buat-buat lupa. 



Ustaz-ustaz saya dulu pakat dok pesan, pakai stokin. Bahaya kalau lelaki nampak. Apa yang bahayanya? Saya tak tahu, owh mungkin tahu serba sedikit tapi kurang jelas. Saya juga bukanlah berasal dari golongan yang serba tahu dan serba lengkap dan serba sempurna. Masa dulu-dulu, kalau keluar jalan-jalan, agak jarang lah pakai stokin ni. Mungkin masa tu belum habis berfikir tentang aurat yang satu ni. Tahu, bila perasaan seorang budak sekolah yang tak pernah biasa dengan tudung labuh, arm sock (we call it stongan –stokin lengan), and the stokin. Rimas itu tetap ada, bila keluar berjalan-jalan rasa macam ada satu kebebasan bergaya seolah-olah sekolah adalah tempat mengongkong heh. Biasalah budak bawah umur, belum mahir berfikir secara total. 

ustaz kitee -,-

Sejak beberapa tahun ni, saya mula tarbiyah dan didik diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Bila tak pakai masa keluar jenjalan, rasa bersalah. Bersalah dengan Allah sebab tak jaga aurat baik-baik. Yang lain dah tutup sempurna tapi kaki tak tutup pulak. Untuk melakukan proses perubahan, perlulah konsisten. Perlu ada istiqamah. Amal yang sedikit apabila kita berterusan melakukannya, insyaAllah akan menjadi saham pahala di akhirat kelak. 



Bila buat sesuatu perlu dengan niat yang bersungguh-sungguh. Berubah bukan sebab boypreng suruh tutup aurat atau trend fashion semata-mata. Tapi hanya kerana Allah Taala. Allah dah suruh. Kalau Allah dah suruh tu, pasti ada hikmah di sebaliknya even kita rasa macam tak suka je. Belajar untuk mentaati dengan seikhlas hati, cuba untuk buat yang TERBAIK dalam menjalani perintah Allah dan bukan kerana sesiapa. Sebab bila kita changes bukan kerana Allah, confirm ianya tidak berkekalan. Niat tidak pada yang Satu tapi beribu-ribu. 



Satu cara saya memupuk minat pakai stokin ni adalah saya beli stokin yang comel-comel. (ni cerita zaman sekolah dulu zaman 2004-2008) Dulu suka pergi soxworld. Dekat sini stokin dia comel-comel (abaikan price dia), bila ada stokin yang comel-comel, sangat bersemangat nak pakai stokin bila ke kelas tambahan, hang out. Kelas biasa hari sekolah macam biasa tetap lah pakai stokin hitam. -,- 


So, my socks collection adalah sangat banyak. Hasil daripada usaha mengumpul sejak zaman sekolah. Cuma, sekarang dah masuk umur 20-an, dah jarang memakai stokin yang berwarna-warni, dah matured barangkali. 



To start something new, i know agak sukar. Tak pe, memang susah pada awalnya. Tapi kalau kita berusaha untuk menjaga aurat kita, percayalah, satu hari nanti, kita akan rasa kemanisannya. Mempertahankan sesuatu yang sukar pada zaman moden macam sekarang ni. Dicabar pula dengan arus fashion yang menggugat iman. Sangat sukar untuk mempertahankan syariat Allah. Tapi, saya percaya, jika ada kesungguhan dalam diri muslimat, jika ada kesedaran yang mula terbit dalam hati muslimat, insyaAllah, niat itu akan diredhai Allah. And of course, kita bukan hanya mahu jadi MUSLIMAT (hanya Islam -percaya) tapi ingin menjadi MUKMINAT (orang-orang yang mukmin –percaya dan lakukan). Menjadi orang Islam yang percaya pada hukum Allah, dan berusaha untuk melaksanakannya memang sesuatu yang mencabar pada zaman ini. Berdoalah selalu kepada Allah sebab Allah sentiasa mendengar. berdoa agar ditetapkan hati mengharungi zaman yang mencabar ini.



Starting from this new year, jom sama-sama kita selitkan sikit dalam resolution kita untuk menjadi lebih baik then the previous year. Kita cuba, pakai stokin pulak. Owh, should I make a campaign here hehe mari pakai stokin untuk tutup aurat kaki kita dan untuk menutup aurat dengan leeebih sempurna and untuk menjadi lebih gorgeous di hadapan Allah ;) kalau nak ambik lah. Boleh lah jadi peringatan setiap masa. 


p/s: okay, gigih jugak type post ni lepas a long journey. Lepas rindu selepas beberapa hari bertapa di gunung ledang. -,- mengasingkan diri dari alam maya. 


p/s/s: bukan nak menunjuk penulis ni pakai stokin ye, nak menceritakan ibrahnya. Semoga dapat merungkaikan serba sedikit persoalan di minda muslimat-muslimat di luar sana yang masih dalam dilema atau tidak tahu pun dalam soal ini. Waallahu’alam.

copy past from Dr.cinta punya blog

5 comments :

  1. skrg nie mcm2 fesyen kononnya islamik. .tp bila pkai blh tabarruj tak elok gak kan. .

    ReplyDelete
  2. Ya. Memang xboleh bertabaruj. Itu dikira berlebih lebihan.

    ReplyDelete
  3. betol jugak.. Sekarang pun kalau gi kuar mana2 trutama if ada event, mesti pkaian kemas cam baju kurang then dsertakan ngan stokin..

    #Rasa nyer pkai stokin mmg lgi selesa bila pkai ngan highheels..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup .. stokin adalah alas kaki terbaik, selain dpt melindungi kaki, ia dpt mnjga aurat kita

      Delete
  4. stokin untuk serap peluh jari kaki kalau pakai kasut converse atau kasut tertutup. kalau tak pakai stokin jari kaki berkuap.

    ReplyDelete