Thursday, December 6, 2012

ASET ATAU LIABILITI


Dagang Pak Malai, dagang bertempat
Satu dua tiga dan empat..
Ok failed-.-
Kabus menebal di ufuk timur meningkatkan kuriositi yang membuak-buak di dalam dada. Kepulan partikel-partiket putih yang membaluti Banjaran Titiwangsa kelihatan sungguh mengamazingkan dari puncak Shah Alam, bandar pilihan. Nun di sana, keluar cahaya kemerah-merahan menandakan sang mentari mula memancarkan radiasinya. Si Mentari sedang mencari port terbaik untuk memparkingkan dirinya demi kemaslahatan ummat sejagat. Amaran separa keras, penuliasan kali ini bakal memelayukan beberapa perkataan Inggeris demi kebaikan bersama.
Jarum jam berdetik dengan penuh disiplin seperti mendapat latihan intensif yang mantap. Jarum yang paling pendek menghala ke pukul tujuh manakala jarum yang lebih panjang daripada jarum yang paling pendek tadi menghala ke nombor dua belas. Beberapa minit terkemudian, bunyi-bunyi kenderaan gergasi yang bergegas menuju ke apartment mampu milik rakyat Malaysia mula mencemari keheningan pagi yang masih belum dinodai sesiapa.

Rakusnya dunia membuta mata
Indah terasa permata sekelilingnya
Memagari diri bagai bintang bintang
Sekali terjerat sukar menyerang
Iman tunduk di persimpangan jalan
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Jalan ke sorga itu dibentangi dengan perkara yang tidak disukai, manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Kini anda sudah memasuki zone serius. Kadang-kadang kita lupa matlamat atau tujuan kita terhadap sesuatu perkara. Semua maklum dengan hakikat yang tidak dapat diubah lagi yakni tugas kita, manusia yang terpaling mulia ciptaan ini adalah untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi khalifah di muka bumi. Tiada kerja lain yang harus kita lakukan selain perkata yang dua ini. Namun tidak bermakna Islam mengongkong kita untuk melibatkan diri dengan perkara dunia. Pokok persoalannya setiap apa yang kita lakukan pangkalnya harus medekaktkan kita kepada Yang Esa dan membawa orang lain ke jalan-Nya.
Maka dengan itu, tugas ibadah dan khalifah ini bakal berjalan dengan serentak.

Hal yang demikian ini boleh jadi susah boleh jadi mudah. Marcapada menyaksikan hari hari kita diisi dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sedar tak sedar perkara yang indah di mata kita itu secara tidak langsung menyumbang kepada penalty kepada kita dan menghalang hati kita untuk menerima hidayah Allah swt. Bertepatan dengan hadis yang diutarakan di atas, sangatlah wajar untuk kita ambil ibarahnya.
Sedarkah anda setiap yang kita lakukan akan dipersoal akan motifnya?
Bukan kes kes pembunuhan yang berleluasa di segenap pelosok dunia sahaja membabitkan motif, tapi di mahkamah Allah kelak, segala mak neka amalan kita akan dipersoal. Hatta, tatkala saya menulis picisan-picisan berselera rendah ini juga bakal menyebabkan saya akan dimaksukkan ke kandang tertuduh untuk disoal siasat. Itulah hakikatnya, hakikat yang seharusnya memotivasikan diri kita untuk menimbang balik setiap niat untuk melakukan perkara.
Untuk Islam kah aku berbuat begini begini?
Mampukah aku mengetuk pintu syrga Allah dengan aku berkelakuan begini begini?
Mampukah aku mengundang hidayah untuk bertandan di hatiku sedang aku begini begini?
Dimakah Dia di hatiku sedang aku asyik dengan hiburan itu dan ini?
Siapakah aku di muka bumi ini?


Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran penglihatan dan hati nurani semua itu akan diminta dipertanggungjawabnya.
(Al-Isra':36)
Amaran yang sudah terang lagi bersuluh-suluh bak lampu kalimantang sudahpun digariskan dalam al-Quran di atas. Pilihan di tangan kita.
Di persidangan Mahsyar kelak, manusia terhegeh-hegeh mencari hujah dan alasan serta cuba se-excellent mungkin untuk meletakkan kesalahan mereka pada orang lain bagi membolehkan mereka menejejak syurga Allah dan sesungguhnya hanya amalan kita yang akan menjadi tiket sebenar kta untuk mengetuk pintu syurga Allah. Persoalannya, apakah hujah kita kelak? Apakah amalan yang akan menjadi tulang belakang kepada kita kelak?
Ayuh kita muhasabah diri. Adakah setiap yang kita lakukan ini bakal mempercepat perjalanan kita tatkala meniti di titian Mustaqim atau adakah perkara yang kita lakukan bakal membuatkan kita karam di pertengahan jalan?
Dan apakah jawapan kita untuk menjawab pertanyaan Allah kelak?
Wallahualam
Cuti. Thank you Allah

-----> copy PASTE

No comments :

Post a Comment