Memang setiap kita yang bernama manusia mempunyai
perasaan. Perasaan cinta suci biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan
memainkan peranan dalam menggelincirkan kepada kemungkaran dan larangan Allah.
Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah
berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat.
Berjumpa antara lelaki dan perempuan tanpa ada
muhrim adalah haram. Ia adalah satu dosa. Begitu juga berutus surat atau
bercakap.Walaupun Adik nyatakan berjumpa tapi tidak melakukan perkara-perkara
yang ditegah Allah, sebenarnya kedua-dua itu sendiri adalah
perkara yang ditegah! Tetap dikira berdosa kerana
ia melakukan perhubungan tanpa ikatan yang dihalalkan oleh syariat. Jika telah
kuat ikatan cinta dan kasih sayang, si lelaki hendaklah memberitahu keluarganya
untuk menemui keluarga perempuan. Jika telah ada persetujuan, hendaklah diikat
saja dengan perkahwinan mengikut syariat. Setelah menjadi suami isteri pupuklah
cinta dan kasih sayang dengan sepenuhnya. Ia bukan sahaja dibolehkan malah
mendapat rahmat Allah. Pasangan yang sudah bertunang pun masih tak dibenarkan
berjumpa tanpa muhrim, inikan belum ada apa-apa ikatan. Hanya ikatan
perkahwinan yang membolehkan lelaki dan perempuan berbuat begitu dan lebih dari
itu. Ingatlah bahawa Allah melarang kita menghampiri zina, jadi setiap
ciri-ciri yang akan mendorong kepada perbuatan itu juga dilarang. Melihat
dengan sengaja pun dilarang inikan pula melihat kerana melepaskan rindu,
sedangkan ia tiada ikatan yang
menghalalkan. Dari Jabir r.a.:
"Saya bertanya kepada Rasullah SAW perihal
melihat dengan sekonyong-konyongnya kepada sesuatu yang diharamkan, lalu Nabi
SAW bersabda:"Palingkanlah segera akan penglihatanmu."
Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta
mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak
kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap yang
haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kala
cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi
Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.
Diharap dapatlah kita menjunjung hukum Allah
lebih daripada mengikut perasaan. Ingatlah perasaan kita seringkali ditipu oleh
syaitan dan nafsu. Oleh itu berhati-hatilah dalam mencari keredhaanAllah.
Maksud firman Allah: Sesungguhnya syaitan itu
telah menyesatkansebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak
memikirkan? (Yaasiin:62)
Maksud firman Allah: Dan orang-orang yang kafir
kepada ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari
rahmatKu, dan mereka itu mendapat azab yang pedih. (AlAnkabuut:23)
Maksud firman Allah: Sebenarnya, AlQuran itu
adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan
tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-Orang yang zalim. (AlAnkabuut:49)
No comments :
Post a Comment